Sunday, February 1, 2009

~Keputusan drastik~

Keputusan FAM utk memecat B Sathianathan dan Soh Chin Aun dianggap sebagai keputusan drastik..walaupun jarang mengikuti perkembangan semasa bola sepak negara tetapi sebagai rakyat malaysia sy terpanggil utk berkongsi luahan hati terhadap keputusan begitu.Umum mengetahui desas-desus mengenai pemecatan B Satihianathan sebagai ketua jurulatih bolasepak malaysia bertiup kencang selepas kekalahan malaysia kepada uae...namun demikian pemecatan Datuk Soh Chin Aun sebagai pengurus adalah tidak wajar...adakah pemecatan mereka berdasarkan kekalahan memalukan malaysia terhadap uae???...atau adakah pemecatan mereka di sebabkan kritikan mereka terhadap mutu permainan liga malaysia???seharusnya pihak pengurusan fam yang wajar dirombak...bukannyer jurulatih ke pengurus ke...asal je mereka kalah pemain jurulatih dan pengurus yang menjadi sasaran....adakah pengurusan fam betul2 cintakan bola sepak negara???hal ini kerana pada pandangan saya (tak tau jika betul atau tidak) pihak atasan jarang turun padang utk 'berpeluh' sama2 dgn pemain...utk memberi kata2 smgt....yang hanya mereka tahu pkai kot duduk dlm aircond kemudian mesyuarat itu sahaja...

Jika kita ingin utk memperbaiki masalah ini , seharusnya pihak atasan harus turun padang utk mengetahui apa masalah pemain ke tempt latihan ke atau yang melibatkan program akar umbi...mereka hanya melaungkan sahaja utk melaksanakan program akar umbi...tapi adakah mereka megetahui kebanyakan padang2 bolasepak dan permainan di malaysia kebanyakkan nye rosak...malah ada padang bola sepak dimana pagara nya dikunci tanpa apa2 sebab utk sekian tempoh yang agk lama...ini menyukarkan mereka utk bermain utk berlatih bagi menaikan imej bola sepak negara...kita akui FAM mempunyai pegawai nya tersendiri utk memantau progam2 sebegitu...namun adakah semua pegawai nya melakukan kerja...adakan pegawai2nya memeriksa padang2 di kawasan2 perumahan...

Inilah yang berlaku di malaysia...apabila menang mereka dijulang tapi apabila kalah mereka ditunjuk jalan pulang...daripada politik , sukan mahupun yang lain2 tiada yang boleh menggembirakan rakyat malaysia utk di banggakan...seharusnya pengurusan FAM wajar dirombak semula dengan memilih mereka yang betul2 arif dalam hal ehwal sukan...yang mempunyai ijazah dalam kesukanan...kita taknak mereka yang ada politik memegang jawatan sukan...hal ini demikian kerana jika mereka yang ada jawatan politik memegang pengurusan FAM mereka akan mempunyai masa yang agk terhad utk memimpin pengurusan FAM...dengan masalah negara la apa lah...masih ada masakah mereka utk memimpin FAM...janganlah begitu tamak sgt...bagi mereka yang wajar berundur..berundur la secara terhormat...dan bukan secara memalukan...bagilah peluang kepada mereka yang mempunyai pengetahuan yang luas dlm bidang sukan utk menerajui pertubuham FAM

Ura2 utk melantik serbegeth singh @ shebby sebagai ketua jurulatih kini hangat diperbincangkan...adakah shebby mampu membentuk pasukan impian malaysia...tetapi ingin sy perkatakan....jgnlah terlalu menghukum pemain , jurulatih , pengurus bolasepak jika mereka kalah...berikan mereka peluang...kita jgn jd seperti lalang...kita bergerak mengikut tiupan angin...sekejap sokong...sekejap benci...di harap B Sathianathan teruskan perjuangan dalam arena bolasepak...janganlah membenci dengan memulaukan bola sepak setelah apa yang telah terjadi kepada beliau...jika perkara begini terjadi lagi...mungkin selepas ini tidak ada jurulatih yang akn membimbing pasukan bola sepak kerana mereka asyik dikecam malah dibaling botol...pendapat atau kritikan membina mereka tidak dia ambil peduli...malah mereka pula dikatakan tidak betul...apa yang dikatakan oleh B Sathianathan itu ada betulnya...

Oleh itu sama2 lah kita tunggu dan saksikan adakah pasukan bola kita akan terus maju atau merudum....

~mohon utk terus berkata2~

1 comment: