Wednesday, November 9, 2011

An- Nisa'

Assalamualaikum..
Seusai menunaikan kewajiban sebagai seorang muslim aku menatap kalam Ilahi..
Ku baca ayat demi ayat kemudian membaca tafsiran tentang ayat yang ku baca...
Tersentuh hati ku membaca bait demi bait tafsiran yang menerangkan mengenai wanita..
Pelbagai ilmu yang ada dalam kalam Ilahi dari awal perkahwinan , ciri-ciri pasangan , harta sepencarian wasiat dan lain-lain lagi..

Aku merenung sejenak..cuba untuk muhasabah diriku..alangkah kerdilnya diri ini...betapa rasa diri ini kosong dengan ilmu mu Tuhan Maha Pencipta..rasa diri ini tidak layak...Diri ini rasa kerdil..adakah cukup ilmuku untuk membimbing wanita pada masa akan datang??Adakah cukup ilmu ku untuk menjaga seorang wanita kelak...Persoalan demi perosalan menerjah ke fikiran aku...

Seketika lalu aku melihat facebook rakan sekolah aku dahulu yang kini menuntut di mesir...alangkah berserinya wajahnya...aku baru mengetahui dia baru sahaja melangsungkan perkhawinan...Ya Allah ini adalah contoh yang Allah mahu tunjuk kepada aku...cinta haruslah berlandaskan hukum Allah...aku mengandaikan sahabatku itu seorang yang sempurna bagi seorang lelaki...memiliki pakej yang lengkap insyaallah..

Atas dasar itu aku merenung kembali ke dalam diri ini...adakah diri ini seperti rakanku itu...namun kita tidak perlu untuk meniru cara hidup orang lain...kita harus berpaksikan diri sendiri yang berlandaskan dengan hukumNya dalam menghadapi kehidupan seharian...

Jadi aku telah nekad...nekad untuk melakukan anjakan paradigma untuk berubah...berubah untuk menjadi lebih baik...mengisi kekosongan diri dengan ilmu-ilmu yang perlu ada dalam diri ini untuk menjadi seorang pemimpin dan memimpin untuk kejalan yang di redhaiNya..

akhir kata..

Monday, March 14, 2011

kenangan

waktu 1.50 pagi
fikiran terlayang2 berterbangan mengenang kenangan lalu di sekolah ....
teringat selalu dtg awal....pastu tgk kerja sekolah...tiru kerja...terutama add math haha...
lepas buat menjalankan tugas sebagai pengawas....jd second guard....pastu amek nama sapa lewat dtg ...
macam2 kenangan kat sekolah ni....terigt geng meja 4 PENJURU...GENG2 GOSIP...tu sj hehe

Monday, March 7, 2011

kembali..

sudah lama tidak aku coretkan tulisan dalam blog ni....
hampir 2 tahun rasanya....kekangan demi kekangan membantutkan penulisan ini...
jadi kini....aku kembali...untuk merancakkan kan kembali dunia blogging ini...tungguuuuuuuuu

Sunday, May 17, 2009

diserang pelbagai virus!!!!

assalamualaikum...sudah lama tidak mengupdatekan b log ni hehehe...bz jgk la samapai tak update...mohon maaf...

sejak kebelakangan ni negara kita digemparkan dgn pelbagai virus...mula2 virus H1N1 kemudian virus meningtis...dan lain....byk kes telah dilaporkan di hospital2...adakah ini suatu bala...adakah ini ketidakkecekapan agensi yg berkaitan dalam melaksanakn tugas...adakah salah kebanjiran warga asing tanpa izin yg membawa penyakit....ataupon adakah ini akibat kurangnya kesedaran sanitasi di kalangan masyarakat...

walau apa jua dugaan yg dtg...kita kene la mengambil iktibar da mempersiapkan diri utk menghadapi segala kemungkinan yg ada...selain tu hubungan kita terhadapNYA kene la kita jg...pdNYA la kita berserah dan mohon pertolongan...

Rakan jadi mangsa kedua H1N1
Oleh NURUL IZZA ROSLYdan AZELI ALIberita@kosmo.com.my
DUA kakitangan Hospital Sungai Buloh yang memakai pakaian khas lengkap dengan topeng muka membawa bungkusan pakaian seorang pesakit yang dijangkiti influenza A semalam.
KUALA LUMPUR – Kebimbangan mengenai penularan wabak influenza A (H1N1) kini mula menjadi kenyataan apabila seorang lagi pelajar disahkan dijangkiti penyakit itu semalam, tidak sampai 24 jam negara dikejutkan dengan mangsa pertama virus berbahaya itu kelmarin.
Gadis berusia 21 tahun itu ialah rakan kepada mangsa kes pertama dan mereka merupakan penumpang pesawat Penerbangan
Malaysia MH091 yang tiba dari New York di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu lalu.
Wanita muda itu dikuarantin dalam wad pengasingan di Hospital Pulau Pinang (HPP) sejak petang kelmarin selepas dia sendiri datang untuk pemeriksaan kerana demam.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, Phee Boon Poh, mangsa antara dua wanita yang datang ke HPP petang kelmarin serta mengaku menaiki pesawat Boeing B777-200 itu.
“Pihak hospital menahan mereka untuk pemeriksaan sebelum mendapati seorang disahkan dijangkiti virus tersebut. Keadaannya kini stabil,’’ katanya pada sidang media di George Town semalam
11 lagi masuk hospital
Oleh RIZAM ZAKARIYAmohdrizam@kosmo.com.my
KAUNTER pemeriksaan saringan untuk suspek virus Leptospirosis ditempatkan di luar wad kecemasan HBM sejak kelmarin.
BUKIT MERTAJAM – Bilangan pesakit yang dijangkiti virus Leptospirosis meningkat kepada 37 orang apabila 11 lagi pendatang asing tanpa izin dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) lewat malam kelmarin.
Ia tambahan kepada 26 pendatang yang dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) kelmarin ekoran penyakit yang menular di Depot Tahanan Juru di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, kesemua 11 pendatang itu membabitkan empat lelaki warga Bangladesh dan selebihnya warga Myanmar.
Mereka sebelum ini dikuarantin di depot itu kerana pusat kuarantin di HBM telah penuh
.
Pergerakan di Pulapol dihadkan

SEREMBAN: Semua pergerakan keluar masuk kakitangan serta pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, Bahau, dekat Jempol, dihadkan semalam berikutan penularan penyakit 'Acute Peri-carditis' yang menjadi punca seorang pelatihnya meninggal dunia, Khamis lalu. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata pihaknya juga tidak menggalakkan ibu bapa dan saudara mara melawat pelatih di pusat latihan itu. "Langkah pencegahan dan kawalan ini diambil atas arahan Kementerian Kesihatan bagi memastikan penyakit ini tidak merebak," katanya selepas majlis pelepasan Konvoi Amal Jelajah Negeri Sembilan anjuran Kelab N9 Bikers, di sini, semalam.

Wednesday, April 1, 2009

lelaki vs perempuan

alooppp...
waaa tgk tajuk pon da cam kontraversi hehe...hehe aku kat sini bkn la nak bandingkan laki or ppuan yg betol ...just sj nak kongsi apa yg aku bc n alami hehe...aku terfikir nak wat cter pasal ni sbb ye la dlm beberapa mggu ni ada la kawan ppuan aku nak wat program la camtu....dia nya plan...so aku ikut jela...tapi entahla...bila ppuan buat...dorg ni mcm bergantung dkt lelaki...yela walaupun bkn 100 peratus..tapi kejap2 msg...kejap2 kol...adui...aku bkn la nak menghentam kaum perempuan khususnya dan kawan ppuan aku secara amnya...tapi itu lah hakikatnya hehe...jd aku nak kongsi korg fakta yg aku baca di internet dan majalah2 aku hehe....mayb ada yg tak betol n mayb ada yg betol...kalo ada pon hanya kebetulan sahaja...jd jgn gaduh2 antara laki2 dgn perempuan....terimalah pandangan atau kritikan yg membina hehe...

Sifat Lelaki Vs Sifat Perempuan

(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan

(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga


aku copy ni dr website http://cintadearhaniey.wordpress.com/2007/12/19/sifat-lelaki-vs-sifat-perempuan/

so korg leh la lawati website ini utk mengetahui dgn lebih lanjut...sekian....

kenangan lalu...

assalamualaikum...
waaa sungguh penat hari ini...huhu...sbb nya hari ini aku ngan mak aku kemas umah haha...dr pg sampai la ptg....lama tu beb...

waktu kemas2 tu aku ada la jumpa barang2 aku dulu waktu aku kecik2....antaranya cermin mata , gamba dll lg...aku jumpa cermin mata aku waktu aku kemas kotak siang td...huhu tentu korg tak sangka en...dulu waktu sekolah rendah aku pakai cermin mata...time tu waktu darjah empat n awal bulan 5 sj pakai...lps tu da tak pakai...mata aku da ok hahaha...sbb nya mkn carrot tiap2 ari...org kata kalo mkn carrot penglihatan kita jelas...haha...aku tergelak2 je bila imbau balik kenangan dulu aku pakai cermin mata...yela skema gler aku haha...dah rupa mcm budak yg kene salu buli dlm filem keh3...tapi bila dah besar ni ensem la plak kan haha...ada la jgk ramai yg nak msg....

yang kedua barang yg aku jumpa adalah gamba sekolah agama waktu aku darjah empat....baru la aku sedar dulu aku kecik org nya hehe...antara satu kls ngan aku dulu hazuraini n munirah roslan...munirah tu dulu nmpk besar skang ni kecik je haha...zaman da berubah kan....igt balik dulu waktu darjah empat salu je dpt no 1 haha ni nak riak ni...tapi lps darjah 5 , 6 n seterusnya mcm down je hahaha...yela time tu pakai spek kan...nmpk cam pandai...lps tak pakai tak pandai lak...haha...cam ada hikmat je spek aku tuh....eleh sume yg pakai spek pandai ke hehe...

then ada la lg aku jumpa antaranya keychain2 international yg dibeli dr luar negara pemberian org laen hahaha...aku tak pg pon luar negara tapi org salu belikan aku keychain...aku dulu mnt gler keychain...antara keychain aku dr jepun korea australia thailand england...hehe bangga jgk la en walaupun tak dpt pg luar negara...

k itu jela aku nak sampaikan hehe...
assalamualaikum

Sunday, March 29, 2009

~bersama keluarga~

haloopppp....
uit hehe...sini aku nak kongsi la en tabiat la bdk2 remaja hehe...tabiat nya ialah jarang meluangkan masa bersama keluarga dlm menziarahi saudara mara ataupun jiran hahaha....yela kebanyakan remaja2 skrg lebih byk luangkan masa bersama rakan2 , game , ps , mahupon laman sosial spt myspace....

semalam hari sabtu...aku ikut my family pg kenduri kahwin kawan lama ayh aku dkt seremban...dia pon jumpa la kawan lama dia....tetapi yg aku tak sangka aku dpt jumpa kawan aku hehe...di mana mak nya kawan kepada ayh aku tapi aku tak tau pon sebelom ni haihhhh...keciknya dunia...itula kan sapa yg tahu...itu lah gunanya jika ikut family g ziarah menziarahi....tak sangka plak hehe...lps kenduri tu pg la umah sedara mak aku belah atuk aku....kiranya...dia melawat ank sedara nya...tapi pangkat dia ngan aku sama la walaupun dia lg tua dr aku hahaha....aku mempunyai ank saudara yg da besar2 haha....sungguh tak sangka apabila ada org panggil aku pakcik hahaha....aku muda la...nmpk tua ke muka aku ni hehehe....

sedara aku ni kira berjaya la jgk...dia ni seorang ahli perniagaan hehe...tanam cendawan la ternak ikan la , bela kambing pe sume , buat frozen food lg....perh jeles aku...tu sume bende yg aku nak wat hehe....yela dulu sebelum spm ada la gosip2 ngan membe2 nak wat apa lps spm...aku kata la aku ngan pakcik aku nak menternak tapi herm....hajat tidak kesampaian apabila pakcik aku kene bertugas dkt sarawak...kalo tak aku da jd penternak berjaya da haha...

ada la jgk bercerita tntg susur galur tentang famili aku...rupa2nya tak sangka...ada sedara yg bau2 bacang sedara yg jauh tapi dkt ngan kita...faham tak ckp aku hehe...mcm ni...adala kenalan di sekolah dulu....kira kawan la...tapi tanpa sedar rupa2 nya dia sedara jauh kita...

itulah da lama tak luangkan masa ngan sedara mara...tu la jd mcm tu hehe...jd aku nasihatkan la kepada rakan2 luangkan la sedikit masa dgn keluarga...heh yela mana la tau dlm diam2 tah2 nanti makwe kita ke kawan kita ke merupakan sedara kita en...tu jela nak kongsi hehe...jumpa lg