Sunday, May 17, 2009

diserang pelbagai virus!!!!

assalamualaikum...sudah lama tidak mengupdatekan b log ni hehehe...bz jgk la samapai tak update...mohon maaf...

sejak kebelakangan ni negara kita digemparkan dgn pelbagai virus...mula2 virus H1N1 kemudian virus meningtis...dan lain....byk kes telah dilaporkan di hospital2...adakah ini suatu bala...adakah ini ketidakkecekapan agensi yg berkaitan dalam melaksanakn tugas...adakah salah kebanjiran warga asing tanpa izin yg membawa penyakit....ataupon adakah ini akibat kurangnya kesedaran sanitasi di kalangan masyarakat...

walau apa jua dugaan yg dtg...kita kene la mengambil iktibar da mempersiapkan diri utk menghadapi segala kemungkinan yg ada...selain tu hubungan kita terhadapNYA kene la kita jg...pdNYA la kita berserah dan mohon pertolongan...

Rakan jadi mangsa kedua H1N1
Oleh NURUL IZZA ROSLYdan AZELI ALIberita@kosmo.com.my
DUA kakitangan Hospital Sungai Buloh yang memakai pakaian khas lengkap dengan topeng muka membawa bungkusan pakaian seorang pesakit yang dijangkiti influenza A semalam.
KUALA LUMPUR – Kebimbangan mengenai penularan wabak influenza A (H1N1) kini mula menjadi kenyataan apabila seorang lagi pelajar disahkan dijangkiti penyakit itu semalam, tidak sampai 24 jam negara dikejutkan dengan mangsa pertama virus berbahaya itu kelmarin.
Gadis berusia 21 tahun itu ialah rakan kepada mangsa kes pertama dan mereka merupakan penumpang pesawat Penerbangan
Malaysia MH091 yang tiba dari New York di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu lalu.
Wanita muda itu dikuarantin dalam wad pengasingan di Hospital Pulau Pinang (HPP) sejak petang kelmarin selepas dia sendiri datang untuk pemeriksaan kerana demam.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, Phee Boon Poh, mangsa antara dua wanita yang datang ke HPP petang kelmarin serta mengaku menaiki pesawat Boeing B777-200 itu.
“Pihak hospital menahan mereka untuk pemeriksaan sebelum mendapati seorang disahkan dijangkiti virus tersebut. Keadaannya kini stabil,’’ katanya pada sidang media di George Town semalam
11 lagi masuk hospital
Oleh RIZAM ZAKARIYAmohdrizam@kosmo.com.my
KAUNTER pemeriksaan saringan untuk suspek virus Leptospirosis ditempatkan di luar wad kecemasan HBM sejak kelmarin.
BUKIT MERTAJAM – Bilangan pesakit yang dijangkiti virus Leptospirosis meningkat kepada 37 orang apabila 11 lagi pendatang asing tanpa izin dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) lewat malam kelmarin.
Ia tambahan kepada 26 pendatang yang dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) kelmarin ekoran penyakit yang menular di Depot Tahanan Juru di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, kesemua 11 pendatang itu membabitkan empat lelaki warga Bangladesh dan selebihnya warga Myanmar.
Mereka sebelum ini dikuarantin di depot itu kerana pusat kuarantin di HBM telah penuh
.
Pergerakan di Pulapol dihadkan

SEREMBAN: Semua pergerakan keluar masuk kakitangan serta pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, Bahau, dekat Jempol, dihadkan semalam berikutan penularan penyakit 'Acute Peri-carditis' yang menjadi punca seorang pelatihnya meninggal dunia, Khamis lalu. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata pihaknya juga tidak menggalakkan ibu bapa dan saudara mara melawat pelatih di pusat latihan itu. "Langkah pencegahan dan kawalan ini diambil atas arahan Kementerian Kesihatan bagi memastikan penyakit ini tidak merebak," katanya selepas majlis pelepasan Konvoi Amal Jelajah Negeri Sembilan anjuran Kelab N9 Bikers, di sini, semalam.

2 comments: