Sunday, March 29, 2009


ALOR GAJAH: Sudah suratan takdir. Empat penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka, Lendu di sini, bukan saja berkongsi minat sama dalam permainan ragbi dan tinggal sebilik di asrama, malah menemui ajal serentak apabila terbabit dalam kemalangan ngeri, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berdekatan persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Petai, dekat sini, tiga daripada empat mangsa terbunuh di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan akibat tersepit dalam kereta.

Seorang lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah (HAG).

Kereta Toyota GL yang dinaiki keempat-empat penuntut terbabit menjadi ‘lempeng’ berikutan digilis sebuah treler sarat muatan blok getah diproses untuk eksport sebelum diseret sejauh 25 meter. Kereta terbabit keluar dari persimpangan memasuki Lebuh AMJ menghala ke bandar Melaka.Mangsa ialah Mohamad Sulaiman Rahman, 21, dari Temin, Jerantut, Pahang; penuntut tahun tiga Diploma Pengurusan Bank; Mohd Nafil Kosnon, 20, dari Bagan Terap, Sungai Besar, Selangor (tahun dua Diploma Pentadbiran Awam); Mohd Shaherman Sudin, 22, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan (tahun tiga Diploma Pengajian Perniagaan) dan Muhamad Zaki Jasmi, 23, dari Teluk Mas, Melaka (tahun tiga Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat).

Difahamkan, ketika kejadian mereka yang tinggal di Kolej Tun Tuah, UiTM Kampus Lendu menaiki kereta dipandu Mohd Nafil untuk menghantar Muhamad Zaki ke perhentian bas di Melaka Sentral.

Pasukan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Alor Gajah serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Muhamad Zaki yang masih bernyawa ketika itu dikejarkan dengan ambulans JPAM ke HAG untuk mendapatkan rawatan, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata siasatan awal mendapati kereta berkenaan terseret 25 meter dari tempat kejadian, manakala treler itu terbabas dan merempuh beberapa tiang lampu sebelum terbalik di jalan sebelah kanan.

“Treler berkenaan sedang dalam perjalanan dari Krubong menghala ke Pelabuhan Klang, Selangor, manakala kereta dinaiki empat penuntut UiTM itu dipercayai dari Lendu menghala ke pusat bandar.

“Berdasarkan keterangan saksi, satu daripada sebuah kenderaan terbabit dipercayai melanggar lampu isyarat merah,” katanya.

Katanya, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.

“Pemandu treler berusia 27 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD), Alor Gajah bagi membantu siasatan,” katanya.



....................................................................................



aku mengucap panjang bila membaca berita ini di akhbar yg lepas...bagaimanakah boleh terjadi seperti itu...aku menyeru kepada raman2 ku yg sudah ada lesen kereta...berhati2 la ketika memandu....jgn la ikut perasaan utk memandu dgn laju....sabar lah....jagalah ego anda...jgn sampai memakan diri anda sendiri...pesanan ikhlas hehe....hargailah nyawa anda igtlah org yg tersayang...ambil iktibar apa yg telah terjadi....

1 comment:

  1. hurm2 perli aku nmpk..yo la yo la..len kali den bwk perlahan..agagaga

    ReplyDelete