Thursday, February 19, 2009

masalah sosial

Angkara geng sekolah

Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Berebut seorang gadis dipercayai menjadi punca sekumpulan 24 remaja membelasah seorang pelajar tingkatan empat sehingga koma berhampiran sebuah sekolah menengah di Cheras.

Mangsa, Mohd Azlin Mohamad, 16, cedera teruk di belakang kepala apabila lima lelaki daripada kumpulan itu disyaki memukulnya dengan besi, topi keledar dan pengunci motosikal selain menendang tanpa belas kasihan.

Kumpulan lelaki itu, termasuk beberapa pelajar sekolah itu melarikan diri meninggalkan mangsa berlumuran darah di tempat kejadian.

Dalam kejadian jam 9.30 malam Jumaat lalu, Azlin bersama beberapa rakannya menunggu di depan sekolah berkenaan untuk menyelesaikan masalah dengan seorang remaja lelaki yang dikatakan keluar bersama teman wanitanya.



Bagaimanapun, mangsa dan rakannya terkejut apabila mereka didatangi sekumpulan lelaki bermotosikal.

Mangsa lalu dibelasah menggunakan besi, topi keledar dan pengunci motosikal.

Rakan mangsa berusia 18 tahun yang enggan dikenali berkata, kejadian terlalu pantas menyebabkan mereka tidak dapat lari.

“Remaja lelaki terbabit yang kononnya mahu berbincang dengan baik, sebaliknya membawa ramai rakannya untuk membelasah Azlin.

“Kumpulan lelaki berkenaan tiba-tiba menyerang kami tanpa ada perbincangan seperti dirancang sebelum ini.

“Saya tak sempat berbuat apa-apa untuk menghalang serangan mereka. Saya bagaimanapun dapat menyelamatkan Azlin daripada dibelasah lebih teruk,” katanya.

Dia turut dibelasah hingga terpaksa menerima tiga jahitan di kepala.

Menurutnya, mangsa ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

Azlin dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Serangan itu menyebabkan dia koma selepas pembedahan dilakukan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abd Rahim Hamzah Othman, ketika dihubungi berkata polis sudah mengenal pasti dua individu daripada kumpulan lelaki itu berdasarkan soal siasat dijalankan.

“Polis sedang memburu mereka yang sedang bersembunyi,” katanya yang turut menyebut sudah mengambil keterangan saksi kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perebutan seorang remaja perempuan antara mangsa dan seorang suspek.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Kegiatan pelajar dipantau

Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Jabatan Pelajaran negeri akan memantau pergerakan segelintir pelajar sekolah menengah yang dikesan terbabit dalam aktiviti tidak sihat termasuk menyeberangi sempadan Thailand untuk berhibur.

Pengarahnya, Mohd Ghazali Ab Rahman, berkata perkara itu sentiasa dalam pemantauan pihaknya selain menjalin kerjasama erat dengan polis sebagai usaha untuk membendung gejala sosial berkenaan.

"Perkara ini adalah serius kegiatan pelajar itu hanya dakwaan pihak tertentu. Kita tetap mengambil langkah untuk membendung masalah sosial ini daripada terus berlaku.

"Kita juga akan meneruskan perbincangan dengan pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mencari jalan penyelesaian kerana masalah sosial berpunca daripada beberapa faktor lain seperti kemiskinan dan perceraian ibu bapa," katanya pada sidang media selepas menerima penyerahan sumbangan 14 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin, di sini, hari ini.

Bakar kereta baru guru

Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my

Haniza. (Gambar kecil)" title="SELAMAT...kenderaan MPV, Nissan Grand Lavina milik
Haniza. (Gambar kecil)" width="300" border="0" height="386">
SELAMAT...kenderaan MPV, Nissan Grand Lavina milik
Haniza. (Gambar kecil)

SEGAMAT: Teguran keras terhadap seorang pelajar tingkatan lima gagal menyiapkan carta perdagangan membawa kepada pengalaman menakutkan kepada seorang guru wanita Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Bentara Dalam dekat sini.

Ini berikutan keretanya baru beberapa bulan dibeli dipercayai cuba dibakar kira-kira jam 9 pagi semalam.

Perbuatan itu dikatakan angkara pelajar terbabit selepas beberapa pelajar lain melihat dia berlari dalam keadaan mencurigakan berhampiran kereta guru berkenaan, tidak lama sebelum kebakaran pada tayar belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina itu.

Dua pelajar yang kebetulan melalui tempat meletak kenderaan berhadapan koperasi sekolah itu memaklumkan kejadian berkenaan kepada mangsa, Haniza Rohhani, 37, lalu berjaya mengelak kebakaran lebih serius.



Difahamkan, kejadian itu yang paling buruk membabitkan kenderaan dirosakkan pelajar sekolah itu selepas tiga kes lain iaitu kereta disembur cat, pelapik tempat duduk motosikal dikoyak dan kereta dicalar sejak sesi persekolahan tahun ini.

Haniza ketika dihubungi, berkata dia berada dalam koperasi sekolah ketika dimaklumkan pelajar bahawa tayar keretanya terbakar.

Apabila keluar, dia melihat api marak membakar tayar belakang kenderaannya.

Tindakan pantasnya dengan dibantu seorang lagi guru dan dua pelajar berjaya memadamkan kebakaran itu sebelum merebak ke bahagian lain serta sebuah lagi kereta bersebelahan.

“Badan saya menggigil kerana terkejut apabila melihat asap hitam berkepul-kepul kesan api yang mula membakar tayar tapi dengan pertolongan seorang lagi rakan dan dua pelajar yang mengangkut air berjaya memadamkan kebakaran itu.

“Jika terlewat atau kebakaran itu tidak disedari, mungkin kenderaan saya hangus bersama sebuah lagi kereta guru bersebelahan,” katanya.

Menurutnya, dia turut dimaklumkan mekanik tayar kenderaannya dicurah dengan petrol untuk memulakan pembakaran selepas menghantarnya ke kedai tayar.

“Saya tak menyangka menjadi mangsa kemarahan pelajar sendiri berikutan saya bukan guru disiplin atau guru yang garang yang boleh menyebabkan dia berdendam hingga sanggup membakar kereta,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada tindakannya menegur seorang pelajar tingkatan lima yang tidak menyiapkan carta bagi mata pelajaran perdagangan diajarnya.

Katanya, seorang pelajar lain turut melihat suspek yang berlari dalam keadaan mencurigakan berhampiran keretanya sejurus sebelum kebakaran itu berlaku.

Mangsa membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Majid Ali, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.


alopp/...

satu satu masalah displin di bicarakan di dada2 akhbar..itu yg kita ketahui...yg kita tidak ketahui berapa byk agknye...

sungguh tidak sangka...pelajar2 skrg tidak lg menghormati guru dan sebagainye...adakah sistem sekolah tidak sesuai lg pada masakini , adakah ini masalah kerajaan ibubapa atau masyarakat atau laen2 lg...

sama2lah kita fikir dan bantu utk menyelesaikannye sebelom terlmbt...kerana generasi kini adalah pemimpin masa akn dtg..adakah kita mahu lihat negara kita kucar kacir pada masa akn dtg..

pemuda harapan negara pemudi tiang negara

6 comments:

  1. da cam surat khabar lak aku tgk bolg ko neyh
    haha

    ReplyDelete
  2. bgus2 ko dah update cite neyh...
    ak bru je ngat nk update tpi ko dh wat dlu..
    hmm...
    tpi ak sgt plik ngan bdk2 skng neyh...
    pasl pompuan pon nk gado..
    adesss..

    ReplyDelete
  3. thx daus for the comment :)

    rasa sedih kan?
    i mean dh la kite x skola lagi
    klu boleh, kita nk je ubah budak2 ni

    but hey
    change starts with us
    with one number
    can change the whole world
    rite?

    mari kite menuju ke kejayaan! ayuh! haha :D

    ReplyDelete
  4. ak rse ak prefer bce kt paper drpd bc kt blog ko.
    pening~~@@
    neway..
    smpt bce smpai rebut gurl je.
    x bce lg sal ckgu tu..
    loser la gado sal gurl.
    x psl2 nk blasa ank org smpai KOMA.
    tgk r..
    klu ak jmpe dorg ak blasa dorg smpai NOKTAH.

    ReplyDelete
  5. adeh, budakbudak zaman skrg.
    dasat sungguh.'
    bgus kau buat cm nih.
    aku da uh ta rjen bce paper.

    ReplyDelete